Soalan Lazim (FAQ)

Q : APA ITU JUA-VIA ™ ?

A : Jua-Via adalah salah satu produk bekualiti yang dikeluarkan oleh Kembara Dagang (PG0236523-P) yang focus kepada penghasilan produk-produk berasaskan herba Stevia. Jua-Via ™ adalah 100% ekstrak stevia tulen ( bewarna putih )dengan kemanisan 200x lebih manis dari gula biasa, dipek didalam botol kecil yang mudah dibawa kemana sahaja, dengan kuantiti 10gram/botol.

Q: APAKAH YANG MEMBEZAKAN PRODUK JUA-VIA DENGAN PRODUK-PRODUK STEVIA LAIN ?


A: Jua-Via mengandungi skstrak stevia tulen dari tumbuhan herba stevia terpilih dan berkualiti tinggi dari ladang-ladang terbaik di Selatan Amerika. Tiada pengubahsuaian genetik dilakukan supaya kualiti dan khasiatnya kekal asli dan semulajadi.


Q: ADAKAH JUA-VIA ™ SELAMAT DIGUNAKAN ?

A : Banyak kajian telah dijalankan di serata dunia menunjukkan stevia adalah tidak Bertoksid dan selamat digunakan. Stevia telah digunakan sejak berabad-abad lalu oleh penduduk-penduduk Amerika Selatan. Stevia juga digunakan di Jepun sejak 1970 hingga sekarang, setlah lebih dari 20 tahun penggunaannya, tiada sebarang laporan atau aduan tentang ketoksikannya atau kesan sampingannya. Begitu juga di Amerika, Canada, Jerman, Korea, China dan India. Jua-Via ™ adalah ekstrak stevia tulen, jadi Jua-Via ™ adalah sangat selamat.


Q : ADAKAH JUA-VIA™ DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA DAN MENDAPAT SIJIL KKM ?

A : Ya, Jua-Via ™ diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai makanan. Ekstrak stevia telah dikelaskan sebagai makanan, di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Awam, KKM. Jua-Via ™ bukan ubat atau persediaan perubatan tradisional jadi Jua-Via ™ tidak memerlukan sijil KKM.


Q : JUA-VIA ™ ADALAH 200x LEBIH MANIS DARI GULA. MENGAPA TIDAK
300x ATAU 400x ATAU 500x ?

A : Kemanisan Ekstrak Stevia yang terdapat diseluruh dunia sebenarnya adalah dari 150x Hingaa 500x lebih manis dari gula biasa. Walaubagaimanapun, satu usaha mendekati Pengguna-pengguna di Malaysia telah dijalankan oleh pihak syarikat sendiri bermula Mei 2009. Pengguna-pengguna diberi peluang merasa sendiri ekstrak stevia pada Tahap kemanisan yang berbeza 200x, 300x, 400x dan 500x. Respon dari seramai 300
Orang pngguna ekstrak stevia 200x adalah lebih sesuai dengan citarasa dan dapat Disimpulkan :-


- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin kuat kesan manisnya didalam mulut atau dengan istilah ‘manis lama’ atau ‘hayai’, beberapa orang pengguna mengalami sedikit rasa pening dengan ektrak 400x dan 500x.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin sukar untuk digunakan.Semakin tidak praktikal. Semakin sukar untuk menentukan sukatannya.
- Semakin tinggi kemanisan ekstrak stevia, semakin mahal harganya.


Jadi, Jua-Via ™ dengan kelebihan ekstrak setvia 200x adalah paling relevan, Paling sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan lebih praktikal.


Q: BOLEHKAH JUA-VIA ™ MENGGANTIKAN GULA ?

A : Jua-Via ™ sememangnya pengganti gula dan lebih baik, lebih sihat, lebih selamat Dari Gula. Jua-Via boleh digunakan dalam minuman dan masakan.


Q : JUA-VIA ™ SANGAT MANIS. ADAKAH IA BOLEH MEROSAKKAN GIGI ?

A : Jua-Via ™ tidak merosakkan walaupun 200x lebih manis dari gula kerana sifatnya Alkali. Malah Jua-Via ™ angat baik untuk penjagaan mulut dan gigi kerana kealkaliannya akan meneutralkan asid dalam mulut. Keadaan yang berasid menggalakkan pertumbuhan bacteria yang akan mengakibatkan cavity, kerosakan gigi dan nafas berbau.


Q : ADAKAH JUA-VIA ™ BAIK UNTUK PESAKIT DIABETES DAN HIPERTENSI (TEKANAN DARAH TINGGI )?

A : Jua-Via ™ adalah Pilihan Tepat untuk pesakit Diabetes. Dengan keistimewaan Jua-Via ™ yang 0 % Glukosa, tidak akan meningkatkan paras glukosa ( gula) dalam darah. Dengan Jua-Via ™ pesakit Diabetes boleh menikmati rasa manis dalam minuman atau hidangan makanan tanpa perlu risaukan bacaan gula dalam darah mereka. Malah, menurut kajian lagi dengan kuantiti yang lebih banyak, Ekstrak Stevia Tulen mampu menjadi ‘penawar’ Diabetes dan Hipertensi. Banyak kajian dijalankan oleh pakar-pakar perubatan seluruh dunia terutamanya di Brazil, Amerika, Jepun dan China, mendapati ekstrak stevia tulen merangsang organ
pancreas untuk menghasilkan insulin dan menormalkan tindakbalasnya dengan glukosa. Ekstrak stevia juga didapati dapat menstabilkan tekanan darah tinggi. Jadi, semua pesakit diabetes dan hipertensi amat memerlukan Jua-Via ™ untuk menghilangkan penderitaan mereka. (Rujuk testimoni )


Q : BAGAIMANA JUA-VIA ™ BOLEH MEREDAKAN MASALAH KEPUTIHAN ?

A : Paras gula (glukosa) yang tinggi di dalam darah adalah antara punca utama masalah keputihan, terutamanya terhadap wanita. Menurut pakar Perubatan dan Pemakanan, glukosa merupakan ‘makanan’ kepada fungus Candidiasis Albcan, fungus yang menyebakan keputihan. Dengan mengamalkan Jua-Via ™ yang bukan gula dan 0% Glukosa setiap hari secara berterusan, akan membantutkan pertumbuhan dan pertambahan fungus ini. Jadi, Jua-Via ™ adalah teman baik setiap wanita.


Q : ADAKAH JUA-VIA ™ BOLEH MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN ?

A : Jua-Via ™ sangat sesuai untuk menurunkan berat badan. Kalori yang berlebihan atau yang tidak ditukarkan kepada tenaga akan disimpan di dalam badan sebagai lemak, dan hanya akan menambah berat badan. Jua-Via ™ 0% Kalori, 0% Karbohidrat, 0% Lemak.. Cuma perlu mengamalkan Jua-Via ™ setiap hari dalam minuman dan makanan, bermakna mengurangkan jumlah Kalori seharian. Kurangnya kalori, bermakna kuranglah lemak yang akan terbentuk. Jadi berat badan akan berkurang dari masa ke semasa tanpa perlu rasa tertekan.


Q : MENGAPA JUA-VIA ™ PERLU MENJADI TEMAN SETIAP RAKYAT MALAYSIA ?

A : 1- Jua-Via ™ adalah 100% ekstrak daun stevia tulen dan berkualiti tinggi.
2- Harga yang Murah untuk menajaga kesihatan, berbaloi dengan kualiti rasanya dan ciri-ciri yang dapat  membantu pemulihan Diabetes, Hipertensi, Keputihan dan Berlebihan berat badan.
3- Sangat memenuhi kehendak mereka yang mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.
4 – Bebas Kimia dan yang paling penting HALAL ( tiada campuran bahan Najis atau Syubhah. )

No response to “Soalan Lazim (FAQ)”

Post a Comment